Ringankanlah Mulut Untk Ucapkan T4kziah Pada Orang Yang Dilanda Ujian Walau Tidak Dikenali, Ganjaran Di Akhirat Kelak Allah SWT Pakaikan Kita Pakaian Kemuliaan.. Allahuakbar

Mus!bah kita tidak akan jangka bila akan datang. Namun, segala itu adalah tanda amaran kepada kita untuk meninggalkan dan kembali bertaubat kepada Allah SWT.
 


 

Saban hari, kita membaca kes-kes kemat!an dan pemergian orang di sekeliling kita. Sama ada ia melibatkan diri kita, ipar duai kita, jiran tetangga mahupun sesama muslim. Masa yang sama, kita juga mungkin berat mulut untuk mengucapkan salam pada keluarga diuji atau kemat!an atas alasan, kita tidak mengenalinya atau tidak pernah bertemunya langsung. Kata orang tiada kena mengena pun.


Namun tahukah, walau kita tidak mengenali ahli keluarga yang dilanda uj!an itu, rebutlah untuk ucapkan salam takz!ah buat mereka yang dilanda ini. Ini kerana, hukum mengucapkan takz!ah adalah sunat yang dituntut.


Tahukah dengan hanya mengucapkan Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un (“(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh suatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali) saat kita mendengar berita kemat!an atau ujian itu, Allah akan pakaikan kita pakaian kemuliaan di hari akhirat kelak.


Ini berdasarkan satu hadis diriwayatkan Abu ‘Umarah r.a, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak ada seorang mukmin yang mengucapkan takz!ah kepada saudaranya disebabkan suatu melainkan Allah SWT akan memakaikannya dengan pakaian kemuliaan pada hari kelak.”(Riwayat Ibn Majah – 1601)

 

dari sudut bahasa merujuk kepada : “Memberikan ketenangan kepada keluarga si mat! dan menggalakkan mereka untuk bersabar dengan jaminan pahala (terhadap perbuatan itu) serta mendoakan si mat! yang beragama Islam dan juga doa kepada mereka yang ditimpa mus!bah.”


Masa yang sama juga, ucapan kepada individu yang kita kenal atau tidak kenal itu adalah dengan cara menyuruhnya supaya bersabar menghadapi kala itu. Seperti ucapan ‘semoga Allah memberikan ganjaran yang besar kepada kamu’ dan seumpamanya.” (Rujuk Hasyiyah Al-Sindi ‘ala Ibn Majah – 1/486)


Ucapan sebegitu menepati anjuran Rasulullah SAW seperti yang disebutkan dalam riwayat daripada Usamah bin Zaid r.a berikut bahawa Baginda SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya bagi Allah SWT apa yang Dia ambil dan milik-Nya jualah apa yang Dia berikan. Semuanya ada (tempoh masa) yang tertentu di sisi-Nya. Perintahkanlah dia (perempuan itu) untuk bersabar, nescaya kamu akan mendapat ganjaran.” (Riwayat Al-Bukhari – 7377).


Jadi jangan berat mulut menyampaikan ucapan walau pada individu tidak kita kenali.


cikgu king: Semoga semua pembaca dan kita semua kaum muslimin dan muslimat diampunkan segala D0sa dan diberikan ganjaran pahala untuk kita asbab menyampaikan sesuatu yg bermanfaat untuk umat manusia. InshaAllah..Aamiin